Friday 6 April 2012

#GirlsDayOut :')

Assalamualaikum and good morning. Its 8:40 am already :'D
Alhamdulillah saya masih bernyawa dan diberi peluang untuk hidup sehari lagi.
Dah lama tak update. Bila nak sign in, internet buat hal lah, ape lah. Dengki sungguh....
Entry kali ini khas untuk one of my tweethearts saya ; Siti Hajar Abd Hadi ^^
Dia nak sangat saya update pasal hangout dengan Beiha Mat haritu time birthday dia.
Itu semua last minute punya planning. Ingatkan dia tk dapat keluar sbb ibu dia strict sikit hihi
Peace Beiha Mat (y)
Birthday dia 30/3. Hari jumaat :') Penghulu segala hari.
Ingatkan dia ada bawak kawan dia kat tampin atau budak pedas, rupanya dia alone.
Its okay, dapat dating *wink wink*
Sampai jea jj, Beiha Mat suruh usha wayang. Dia nak tengok The Vow.
But not available. 
Tapi The Hunger Games pun mcm best jea. Dia yg decide nak tgk cerita tu. 
Ikut jela, birthday girl lah katakan :p
Mula mula sangat lah tak faham, sampai tertidur kejap HAHA
ya ya, saya lah orang yang Beiha Mat perli tu hikhik
Tapi ending dia sangat suspens. Wuuu best!
Sampai terjerit jerit lah dalam tu, orang lain nak cakap apa, saya tak amik pusing hihi
THE HUNGER GAMES BEST !


Lepas menonton wayang, kami pun beredar. Beiha ajak pegi karaoke.
Serious, dah lama tak karaoke. Macam awkward gila nak nyanyi dlm karok jamban tu .__.
Last last dah dapat mic, melalak jugak :p
7 lagu kesemuanya. Mak oi melalak habis HAHA
First lagu, Gotta Be You by One Direction :D
Please be jealous Siti Hajar & Sara Naqiyah. Hikhikhik
Its okay, lain kali kita berempat pulak karaoke lagu 1D.
Bergabung meletup! XD
Ktorang karaoke pun sementara tunggu ibu beiha sampai.
Taktau nak buat apa, karok lah dulu *padahal perut lapar gila* hihi

Dah penat karok, jalan jalan kejap sekitar jj tu.
Takde apa pun. Jj tu comel. Tak besar mana.
Sempat lah jugak selca sebentar di situ........




Sangat best dapat enjoy macam ni. Bukan selalu.
Harap harap dapat keluar pulak berempat dengan tweethearts hihi
Ok itu sahaja untuk kali ni. Assalamualaikum. Annyeong guys :)


Monday 26 March 2012

Hati terusik.




Ya memang hati aku terusik. Bukan sekadar terusik, malah terluka.
Aku tak nak cakap lagi dah.
Sakit. Tuhan je yang tahu.
Aku nak sepikan diri daripada semua ni.
Tak tau la berapa lama.
Satu bulan, satu tahun?
Hati aku sangat cepat terasa, kesian lah kawan-kawan aku dapat member yg kuat touching macam ni.
Ada pulak aku kisah.
Aku baca tu, baca ni, semua bikin hati aku panas.
Even BFF aku pun tak ingat birthday aku. Apa ke hal?
NAMPAK SANGAT AKU NI IBARAT KERTAS KOSONG JE DALAM HIDUP KAU.
Dah. Aku taknak cakap lagi. Phone off, tak nak online.
Assalamualaikum!

Thursday 15 March 2012

Saya takut :(

Assalamualaikum..
Lima hari lagi. Lima hari. Lima. Hari.
Result tak lama lagi keluar.
Bermacam-macam benda bermain di minda sekarang ni.
Takutnya, Allah je yang tau :/
Dapatkah seperti yg aku harapkan?
Dapatkah aku membanggakan ibu dan abah ku?
Adik-adik aku mengharapkan yang terbaik untuk kakak dia ni.
Dan sejujurnya aku memang takut bila orang bergantung harapan kat kita O.o
Hanya mampu berserah dan bertawakkal.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Amin ya rabbal al-amin..

Lelaki lelaki terhangat seantero dunia.

Assalamualaikum. Dah lama tak hapdet belog kan. Dah berhabuk dah ha :p
After so long mendiamkan diri, saya muncul dengan lelaki lelaki paling hot seantero dunia hihi
#MyCurrentlyObsession
Err not that obsession but my loves one :')


My First Boy Group -- 2PM :)
Paling sayang ; Hwang Chansung
tapi yang lain pun aku suka. just biasa aje. 
i just like their dance, songs, and just everything about them!




P/S : Baby Chan, please jangan show off six pack awak.
Saya tak suka tengok laki saya memurahkan diri dia tunjuk badan camtu.
Tamo tamo tamo k baby. Awak saya punya sorang! :p

And now, my second boy group - One Direction!!!!!




Aaaaaa aku mula jatuh cinta kat one direction after dengar lagu What Makes You Beautiful.
Awwwwhhh aku mana pernah minat english boy group hihi
Jatuh cinta habis lah ni :p

I love all of them ;


Liam Payne
Zayn Malik
Harry Styles
Niall Horan
Louis Tomlinson

NO EXCEPTION :)



Friday 17 February 2012

Putus.

Harini, 16 Febuari 2012.
Aku hilang seorang kawan. Kawan yg sangat aku sayang.
Tak guna kua air mata. Yang dah lepas, lepas.
Even sedih camne sekali pun, aku cukup tabah lalui semua ni.
Friendship kita tak sampai dua tahun. Bak kata orang, setahun jagung lagi.
Maybe aku yang tak paham kau. Atau, sebaliknya.
Jemu, bosan bertekak dgn kau. Masa text tadi, air mata merintih.
Tapi aku halang. Tak guna ditangisi benda camni. Useless!
Now, kau dan aku strangers. Kenangan kita, aku kuburkan skali dgn rasa syg untuk kau.
Jiwa aku kosong untuk kau. Aku sedih.. sebab hilang bestfriend yg aku anggap sgt penting dlm hidup aku.
Kau dengan aku banyak beza. Finally, perbezaan tu yg hancurkan kita.
Its okay, aku redha. 
Just aku harap kau hidup bahagia lepas ni. Anggap yg aku ta penah wujud.
Eventually, everything is done.
















p/s : Fiqhal -- tinggal kenangan.

Tuesday 31 January 2012

Hello February!

Good morning, pretty sunshine :)
Alhamdulillah, lepas dua hari demam, badan terasa okay sikit.
Tekak pun tak buat hal dah. Syukur!
Patutnya harini ada class driving tapi abah ada kerja. Tak dapat hantar.
InsyaAllah, esok. Satu apa pun tak ready lagi ni kak oi. Hmm
Anyways, harini kite breakfast ubi kayu. Sedap tau. Makan dengan ikan kering. *nyumm*
Air tangan ibu memang sedap. KFC, MCD pun kalah yok.



*ihsan Google*

Harap-harap harini badan ni active sikit. Banyak kerja nak kena buat ni. 
Luckily, im alone today. Takde pengacau. Hikhik
Jadi rajin sikit, Afiqah!

Monday 30 January 2012

Kalau berpacaran

Selamat pagi dunia :)
Berdasarkan kepada topik di atas, macam tetiba je cakap pasal berpacaran di pagi yang indah ini.
Amboi bahasa melayu kelas pertama. Hahaha. Kelas kau nyah!
Pacar? Aku penah berpacaran dulu. Ya, aku mengaku aku ada buat salah dulu.
Berpacaran kan salah di sisi agama kerana akan mendatangkan zina.
Bila fikir balik, aku menyesal. Aku malu yang teramat sangat.
Nak kata jahil, bukan. Sebab aku tau couple tu haram.
Cuma aku yang degil. Taknak denga nasihat orang lain. Bila dah dewasa, baru tau benda tu salah.
Alhamdulillah, aku dah single untuk 3 tahun. Start 2010.
Dan aku rasa, bukan lah sesuatu yang janggal kalau kita tak ada bf.
Sesetengah orang anggap, dia tak laku kalau tak couple.
Come on lah, tak kan lah agama Islam kejam sampai camtu sekali.
InsyaAllah, Allah dah save sorang lelaki untuk kita.
Cuma masa yang menentukan.






Dan , bila aku mula suka Hwang Chansung, my bias, aku dah set dalam kepala, aku taknak buat maksiat.
Kalau boleh, jumpa pun mesti ada mak ayah. Takyah couple-couple. Terus kahwin. 
Tapi... Bukan senang. Syaitan mesti ada untuk musnahkan niat baik manusia.
Haish cara aku cakap ni, macam senang je aku dapat grab si Chansung jadi laki.
Ibu pun cakap, aku ni kuat berangan. Suka fikir terlalu jauh. 
Hew hew hew. Tu jela kerja yg aku suka buat selain online.
Hahahaha anak dara pemalas!
Eh lupa. Satu hal yang belum clear pasal Chansung ni, dia masih belum lagi jadi saudara Islam yang rasmi.
Aku masih menantikan saat itu. Dan hanya mampu mendoakan dia dari jauh.
Doa kan senjata umat Islam :)
Maksud aku di sini, kita boleh semai rasa cinta dekat pasangan, tapi selepas nikah.
Bukan masa couple. Yelah, dah nikah, kita buat apa je untuk suami , dapat pahala. Even suami pandang kita pun, dah dapat pahala. Taknak ke? Tapi, masa couple, kita pandang boyfriend kita je pun, dapat dosa. Nampakkan perbezaan besar kat situ?
And yes, azam aku tahun ni, aku nak jauhkan diri aku dpd semua perkara maksiat. 
Dan, menjadi kakak dan anak yang berguna dalam keluarga. Ya aku tau bukan senang nak jauhkan diri kita dpd maksiat.
Yelah, Msia ni dah banyak bergelumang dengan maksiat. So, aku akan cuba slowly.
InsyaAllah, doakan aku ya readers :)