Monday, 30 January 2012

Kalau berpacaran

Selamat pagi dunia :)
Berdasarkan kepada topik di atas, macam tetiba je cakap pasal berpacaran di pagi yang indah ini.
Amboi bahasa melayu kelas pertama. Hahaha. Kelas kau nyah!
Pacar? Aku penah berpacaran dulu. Ya, aku mengaku aku ada buat salah dulu.
Berpacaran kan salah di sisi agama kerana akan mendatangkan zina.
Bila fikir balik, aku menyesal. Aku malu yang teramat sangat.
Nak kata jahil, bukan. Sebab aku tau couple tu haram.
Cuma aku yang degil. Taknak denga nasihat orang lain. Bila dah dewasa, baru tau benda tu salah.
Alhamdulillah, aku dah single untuk 3 tahun. Start 2010.
Dan aku rasa, bukan lah sesuatu yang janggal kalau kita tak ada bf.
Sesetengah orang anggap, dia tak laku kalau tak couple.
Come on lah, tak kan lah agama Islam kejam sampai camtu sekali.
InsyaAllah, Allah dah save sorang lelaki untuk kita.
Cuma masa yang menentukan.






Dan , bila aku mula suka Hwang Chansung, my bias, aku dah set dalam kepala, aku taknak buat maksiat.
Kalau boleh, jumpa pun mesti ada mak ayah. Takyah couple-couple. Terus kahwin. 
Tapi... Bukan senang. Syaitan mesti ada untuk musnahkan niat baik manusia.
Haish cara aku cakap ni, macam senang je aku dapat grab si Chansung jadi laki.
Ibu pun cakap, aku ni kuat berangan. Suka fikir terlalu jauh. 
Hew hew hew. Tu jela kerja yg aku suka buat selain online.
Hahahaha anak dara pemalas!
Eh lupa. Satu hal yang belum clear pasal Chansung ni, dia masih belum lagi jadi saudara Islam yang rasmi.
Aku masih menantikan saat itu. Dan hanya mampu mendoakan dia dari jauh.
Doa kan senjata umat Islam :)
Maksud aku di sini, kita boleh semai rasa cinta dekat pasangan, tapi selepas nikah.
Bukan masa couple. Yelah, dah nikah, kita buat apa je untuk suami , dapat pahala. Even suami pandang kita pun, dah dapat pahala. Taknak ke? Tapi, masa couple, kita pandang boyfriend kita je pun, dapat dosa. Nampakkan perbezaan besar kat situ?
And yes, azam aku tahun ni, aku nak jauhkan diri aku dpd semua perkara maksiat. 
Dan, menjadi kakak dan anak yang berguna dalam keluarga. Ya aku tau bukan senang nak jauhkan diri kita dpd maksiat.
Yelah, Msia ni dah banyak bergelumang dengan maksiat. So, aku akan cuba slowly.
InsyaAllah, doakan aku ya readers :)

3 comments:

  1. ya. that's true . aku pun since 2010 . last kapel aku si sangap bodoh tu . then , aku single until now . nak tunggu husband je . hahaha

    ReplyDelete
  2. yeah. aku pon. ko doa la yg terbaik utk aku ehh be'e, PQUNK, saraa, ecah sume!~
    aku doa utk korg jugak..

    ReplyDelete
  3. be'e, kita sama lah! aku dah lama tinggal kan bidang couple :)
    Thanks kubi <3

    ReplyDelete